Monday, October 12, 2015

Mail Temberang dan Makwe Kereta Api 1

Di Nibong Tebal ada satu brader yang steady dan patuh kepada mak dan ayahnya. Orang kampung gelar dia Mail Temberang. Tidak lah pula menjadi satu masalah kepada Ismail apabila orang kampung memanggilnya Mail Temberang. Cuma jangan disebut-sebut nama itu di hadapannya sahaja. Itulah permintaan Mail ke orang kampung. Tapi apakan daya orang kampung tak peduli dengan permintaannya. Kata orang kampung apa yang dilakukan  Mail jauh lebih berdosa daripada apa yang mereka gelar kepada dia. 

"Mak, malam ni cek balik Kolompo mak. Cek dah beli tiket dapat duduk yang belah tingkap tu."Mail memberi laporan ke Maknya setiap kali balik dari mana-mana.

"Laaa balik malam ni ka? Takpa. Malam ni mak hantaq hang sampai kat stesen" balas maknya sambil periksa beg Mail.

Mail sedikit gusar dan tidak senang bila mana emaknya mahu menemaninya sampai ke stesen kereta api. Sebelum sebelum ini Mail bergerak solo ke stesen kereta api tidak pon berduet dengan abangnya. Jadi membolehkan Mail mengisap rokok di dalam kereta dengan bebas. Hisap rokok di dalam kereta di tengah malam memang lain macam sikit nikmatnya. Nak pulak ada Teh ais bungkus ikat tepi gantung di lock pintu kereta. Sekali dua hirup lepas tu hembus asap rokok sama tangan sedikit terkeluar dari tingkap. Fuhhh memang brader brader laa wa cakap sama lu.

Pernah jugak sekali tu Mail jadi gian tak tentu hala nak hisap rokok dalam kereta. Dia terus ambil kunci kereta ayahnya senyap-senyap dan duduk di dalam kereta pasang radio. Muka mail puas tak terkata. Entah macam mana waktu tu Pak Tua yakni merangkap pak cik kepada Mail lalu di situ. Pak Tua geleng kepala melihat terlatah bangang Mail. Esoknya Mail kena pukul teruk dengan maknya.

Mail jadi insaf tak patut.




Wednesday, October 7, 2015

LRT Stesen Universiti ke Stesen Gombak

Itu hari aku bangun je tido terus rasa nak marah. Aku tak pasti pasal apa aku marah. Mungkin sebab semalam aku tido tak baca doa sebelum tido tak pun sebab aku dah gila. "Ah tak boleh jadi ni. Aku kena keluar naik LRT dari stesen Universiti sampai Gombak baru cool pasal dalam tu ada penghawa dingin" aku cakap ke diri sendiri.

Aku terus capai kain tuala Arsenal bawak pegi mandi. Ondewei nak pegi mandi tu aku lalu depan bilik Hazzad. Kebetulan waktu tu dia tengah main gitar kod E minor. "Wei kawan-kawan semua tengok ni aku main kod E minor ni" Hazzad bersungguh tunjuk depan Haiqal, Wakleh sama Hakem Mekah. Seingat aku dah 2 bulan dia main kod tu tak berhenti.

Aku masuk je dalam bilik air orang penuh tak patut beratur tunggu giliran nak mandi. "Woi korang bodoh apa mandi pon beratur! Benda beratur ni bukan budaya kita ini budaya Jepun" Aku sound selamber. "Kalau korang degil jugak nak beratur. Beratur belakang aku" aku saja tambah kasi panas. Tiba tiba aku rasa tak sedap hati, aku langut ke atas. Siling bergegar kuat, satu kepingan jatuh betul betul kat kepala aku.

Panggggggg!

"Woi, kau berdiri apa kat tengah tengah ni, Miru? pilih satu pintu dah la." Sound Ahmad Zulkarnain ke aku. "Babi la kau Mat. Cakap pakai mulut tak boleh ke? Sakit bodoh kau tampar belakang aku" aku balas sambil kepala pusing ke belakang pandang cermin tengok bekas kena tampar. "Dah kau termenung sampai tembus siling, panggil pun tak menyahut. Apa lagi aku tampar la" balas Mat sambil ketawa.

Aku sambung beratur tunggu giliran.

Habis mandi aku keringkan badan betul-betul. Paling best waktu gosok kain tuala kat celah punggung. Badan kalau basah pakai baju rasa macam bangang. "Sedap betul kain tuala aku ni" aku sidai di katil sambil senyum.

Aku tengok jam Casio aku kat tangan. Cantik. Kalau berjalan slow slow pon sempat lagi naik bas. Sampai je aku kat bus stop, bas pon sampai. Kata orang tua, macam dah janji janji. Aku perati semua orang macam nak berebut naik bas ni. Aku pon terus laju ke pintu bas. Tiba tiba ada sorang makwe pakai seksi kat depan aku. Badan lawa bau dia macam buah epal hijau. Dia kenakan baju merah ketat berzip di belakang. 

Makwe tadi perlahan-lahan melangkah naik ke dalam bas tapi tak berhasil pasal baju yang dikenakan ke badanya terlalu ketat di bahagian punggung dan paha. Aku tenang senyum dari belakang. Tidak dapat tidak dia mesti turunkan sedikit zip bajunya supaya sedikit longgar. Atau kalau dia tanya sama aku nak setel macam mana, aku akan cakap "Turunkan egomu sayang.. abang akan tolak punggungmu sampai kamu ke atas"

Dia pilih pilihan pertama atau memang itu pilihan yang dia ada. Kalau itu saja idea atau jalan yang dia ada, itu bukan pilihan. Pilihan maksudnya mesti la kena pilih. Apa bangang pilih benda yang memang ada satu?

Makwe tu menurunkan sedikit zipnya dan cuba mengangkat kakinya tapi gagal. Aku tenang lagi di belakang. Dia turunkan lagi zipnya buat kali kedua pun masih gagal. Aku geleng kepala. Dia tak mengalah semangatnya untuk menaiki bas tu tinggi. Itu aku memang respek tak patut la kat dia. Dia turunkan lagi zipnya tapi kali ni lebih ke bawah. Haaa stim la tu stim la tu.

Aku rasa tak sedap hati. Aku rasa kejadian tu macam cool gila. Aku tunduk tengok bahagian bawah di antara kami. Emmm patutlah tak boleh boleh nak naik bas. Rupanya bukan zip baju dia yang diturunkan tapi zip seluar aku. Patut laaa aku rasa cool.




Friday, April 24, 2015

Surat Dari Cristopher McCandless

Masa aku tengah bawak makwe naik moto tiba tiba aku dapat mensyen twitter dari McCandless. Aku terus berhenti tepi sebab nak balas tuit dia. Masa aku tengah taip nak balas, aku rasa ada sesuatu yang menganggu aku. Aku tak cakap banyak terus toleh belakang. Alangkah terkejutnya aku bila mana aku mendapati makwe aku masih di belakang. "Woi engko turun sekarang. Turun!" sambil buat mata juling. Makwe aku terus duduk tepi longkang sambil buat muka sedih. Lepas aku balas mensyen ni baru aku pegi pujuk.


Tanpa membuang masa aku pon balas mensyen twitter McCandless.



McCandless   : @Ammomok kau ada mana? kau ada mana?
Aku              : @EmileHirsch Tepi jalannn. Tepi jalannn. Kau 
                     nak apa?
McCandless   : @Ammomok Aku nak kasi surat ni. Aku nak 
                     cakap malu.
Aku              : @EmileHirsch Butoh la. Kasi lekas.


Tak semena mena sebuah kereta meluncur laju dan terlanggar bonggol. Depan belakang tayar kereta tu terapung di udara dan lampu signal kanan jatuh kat atas jalan. Semasa kereta itu melambung ke jalan dengan slow motion baru aku perasan rupanya pemandu tu McCandless. McCandless jadi panik dan terus lempar surat itu ke arah aku. Aku tangkap pakai mulut dengan tenang. McCandless terus pecut masuk ke arah bertentangan dengan jalan sehala. Aku terus pecut laju ikut belakang sambil bawak lampu signal McCandless yang jatuh tu untuk pulangkan ke dia. Tapi apakan daya, aku tak cukup bangang nak redah bertentangan dengan jalan sehala.



Sekali lagi aku berhenti tepi dan baca surat yang penting tu. Padahal boleh je dia selit bawah bantal aku. Pasal aku jarang ada kat bilik.



Sahabat..bila kau tengah kunyah nasik dengan ayam tiba tiba kau rasa fakap giler dengan planet bumi dan hal hal duniawi. Lepastu kau terpikir untuk mengembara. Betul arrrr yang kau pikir nak buat tu. Lepastu kau pon pegi la mengembara. Masa kau jalan jalan sambil tengok bukit kau mintak orang ambik gambar takpon pasal kau yakin tak patut kau selfie sambil buat muka taik. kah kah kah. 


Bila kau dah penat berjalan mesti kau dahaga. Kau pegi la lepak kat tempat makan kat area dekat dekat situ. Kau minum hot cokelat sambil buka instagram sama twitter. Kau edit gambar kasi nampak lawa sikit lepastu kat instagram dengan tuitpik kat twitter. Aku sabar lagi ni aku sabar lagi. Tiba tiba kebetulan aku tengah buka instagram sama twitter, fak arrrr.. aku nampak gamba gamba kau. Kau nak pegi mana pon ikut kau la aku tak pedulik taik pon. Tak pasal aku dah terpeduli ni. 



Hidup kita tak perlu difilemkan kerana dalam filem itu semuanya berlakon dan tak real. Kalau kau tak tahu la. 



Kau rileks rileks dah laaa. Kasi up satu dua dah laaa sebagai koleksi peribadi itupon sebelum up kau kasi tau aku dulu pasal aku takut tertengok. kah kah kah. 


Babi punya McCandless. Itu jeee.


P/S : Hmmm takde sorang pon ingatkan aku pasal makwe aku yang tengah sedih tu.




Thursday, February 12, 2015

Asal Usul Bisa Ular

Masa aku kecik dulu, aku selalu tengok drama kat tivi. Aku tengok bukan pasal aku nak tengok. Tapi mak aku selalu lipat kain baju sambil layan drama. Ada satu malam tu kitaorang layan cerekarama. Sampai bab hujung tu ada scene bayi lepak dalam pasu bunga. Tiba-tiba aku jadi hiba tak tentu pasal. Mana tidak nya. Aku nak siram pokok bunga mak aku pon, dia tak kasi. Apetah lagi nak lepak dalam pasu bunga. Bila masuk darjah 4 baru aku paham simbolik bayi lepak dalam pasu bunga tu. Benih.
Tidak semena-mena aku jadi boring tak patut. Aku dapat idea nak tanya mak aku pasal bisa ular.

“Mak, apesal ular sawa yang besar tu takde bisa, tapi ular tedung sela yang kecik ada bisa?” Tanya aku sambil buat buat tebar roti canai guna baju mak aku.

“Dulu ular sawa je ada bisa. Eksyen bukan main dia waktu tu. Sudah la berbisa lawa pulak tu. Punya la bisa ular sawa ni, kalau patuk kesan tapak kaki pon orang boleh meninggal.” Kata mak aku sambil rampas baju yang aku tebar tinggi ke siling.

Ular-ular lain jadi geram dengan ular sawa. Diorang plan nak kenakan si ular sawa ni. Diorang panggil semua ular-ular lain berkumpul. Ular tedung sela jadi jurucakap untuk yang lain. “Kami mahu melihat kehebatan ular sawa. Katanya ular sawa mampu mematikan seseorang dengan hanya mematuk kesan tapak kaki orang tersebut.” Kata ular tedung sela. Ular sawa senyum sambil angguk-angguk.

“Kalau begitu besok kita semua jumpa kat tepi pantai. Kat sana ada seorang nelayan turun ke laut tak pakai selipar. Dia pakai pukat.” Kata ular tedung sela yang sedang cuba-cuba buat jenaka Naka.

“Oraittttttt.” Balas ramai-ramai.

Besoknya penuh lah segala jenis ular di sepanjang persisiran pantai menyaksikan kehebatan ular sawa. Seorang nelayan tiba di tepi pantai tanpa memakai selipar. Kesan tapak kakinya jelas bak acuan yang ditekap di atas doh untuk dijadikan biskut. Setelah nelayan itu hilang dari pandangan, semua ular mengelilingi tapak kaki itu.

“Haaa apa lagi Wa patuk la!” kata ular lidi dengan tegas.  Ular sawa terus patuk. Semua tepuk tangan ramai ramai kononnya teruja. “Biar aku dengan ular sawa je pegi tengok kat rumah nelayan tu. Sama ada dia meninggal ataupon tak.” Kata ular tedung sela.

Ular tedung sela dan ular sawa pegi ke rumah nelayan tersebut berdua. Seperti yang diduga penuh manusia di rumah nelayan tersebut. Ular sawa senyum ke ular tedung sela dengan riak. “Amacam?” Kata ular sawa.

“Amacam apa benda?” kau ingat orang ramai ni sebab ziarah dia meninggal ke? Kahkahkahkah. Orang ramai ni buat kenduri kesyukuran pasal dia bawak balik banyak ikan sebenarnya.”

“Aku tak percaya! aku nak pegi tengok dia.”

“ Kau gila ke? Kau tu berbisa. Kalau ternampak orang. Habislah kau dicincang-cincang orang.”

Tiba-tiba mereka berdua terdengar bunyi ‘cak cak cak!’. Bunyi cicak tanda bersetuju dengan kata kata ular tedung sela.
Ular sawa jadi down. Dia terus menyusur laju ke tepi pantai dengan penuh kecewa. Dia kecewa dengan dirinya. Dia terus memutahkan semua bisanya tanpa tinggal sedikit pon di badan dan bawak diri ke hutan. Ular ular lain terus ambik kesempatan dengan menyedut sisa bisa ular sawa itu biar meresap ke dalam badan mereka.

“Habissssssss. Itu la cerita dia. Sampai sekarang ular sawa tak tahu cerita sebenar. Sebab dia tak pegi siasat betul betul. Dia percaya bulat-bulat.” Kata mak aku sambil susun baju dalam almari.



Tuesday, January 27, 2015

Kata Mutiara Bola

Kata kata mutiara bola dari cikgu aku.

"Jangan pernah passing bola ke member waktu kita susah. Tapi passing waktu member kita senang"