Sunday, November 13, 2016

Ratnaku

Masa aku tingkatan 2 aku jadi kurang pergi padang petang-petang. Aku lebih selesa baring di katil sambil layan walkmen aku. Waktu tu aku ada satu kaset je itu pun Ayie yang kasi sama aku. Kaset Butterfingers album Selamat Tinggal Dunia. Bukan main beria lagi aku dengar tanpa menghiraukan dunia realiti aku. Tapi itu lah jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan.  Kaset dan walkmen aku kena rampas dengan Ustaz Shariman pada hari Jumaat di Dorm 401 lepas solat Jumaat. Saya ingat ustaz…saya ingat. Saya sayang ustaz.

Hampir setiap hari aku melepak atas katil di waktu petang aku jadi malas nak bersukan. “ Aku dah kurus kot buat benda lagi aku nak bersukan?” bentak aku dalam hati bila Izzat merayu mahu aku kembali beraksi di padang. Bukan main eksyen lagi aku waktu tu, sekarang padan muka aku. Aku sekarang gemuk tak patut. Ke sebab aku kutuk Aisyah lepas tu dia sumpajh aku jadi gemuk. Seram jugak bila aku fikir fikir balik.

Pada suatu hari entah mana dating perasaan mahu berkapel. Rasa tak matang pula kalau tak kapel di sekolah menengah, rasa tiada memori indah yang mahu aku ketawa di hari tua. Aku malas dah befikir waktu itu, aku biar je setan bisik di telinga aku. Kita ni manusia memang malas berfikir, kita lebih rela setan berfikir dan membuat keputusan hidup kita. Pemalas tak patut. Tanpa berfikir panjang aku terus angkat ibu jari tanda isyarat bagus kepada setan. Kah kah kah.

Nama makwe malang yang aku nak mengorat tu namanya Ratna. Aku selalu nampak dia di kantin. Yang aku pelik tu aku selalu lari awal 10 minit dari kelas berpura pura ke tandas padahal ke kantin. Tapi setiap kali aku sampai ke kantin mesti Ratna tengah makan nasi telur sorang sorang. Peh lagi Rambo makwe ni dari aku. Aku tersenyum nipis.

Aku memang tak gemar benda beratur ni. Ada ke patut kita kena beratur untuk beli makanan. Makanan sepatutnya beratur untuk kita! Kita khalifah di muka bumi ini yang dianugerahkan akal. Makanan tak ada akal kot. Seperti hari hari sebelumnya aku akan pergi ke tempat basuh pinggan tegur makcik kantin. Ok aku tipu je sebenarnya. Baru hari ini aku nak tegur. “Makcik tengah buat apa tu?” aku berseloroh. “Tengah memancing ni?” balas makcik sambil basuh periuk. Aku tak faham apa susah nak cakap tengah basuh periuk. Aku tiada masalah kalau orang bertanya aku sedang berbuat apa walaupun secara jelas orang itu tahu apa yang sedang aku lakukan. Bukankah itu sepatutnya cara kita orang Melayu yang penuh adat dan sopan santun dalam bertegur sapa? 

Jadi aku dah nekad untuk mengirim surat kepada Ratna.  Mungkin ayat manis ku mampu membuatkan Ratna jatuh cinta kepada ku. Aku berfirkir tanpa malu malu.

Keesokkan malam aku pergi ke hujung koridor untuk menulis surat sambil memegang semangkuk Maggie kari. Aku tulis setiap bait kata kata sambil menghirup kuah Maggie tu, aku yakin Ratna turut berbuat benda yang sama tapi tengah tulis kerja sekolah.

Esoknya aku datang awal ke sekolah dengan surat berbau bedak Avon. Aku terus ke meja Ratna dan selit di dalam buku teks kemahiran hidup. Aku keluar dari kelas dengan penuh harapan setiap langkahku terasa berat mungkin sebab aku risau kalau kalau cinta ku ditolak tapi tetap melangkah dengan kemas dan berwibawa macam pengetua sekolah.

Betul sangkaan aku, hampir seminggu aku hantar surat tiada pun berbalas. Dua minggu masih sama. Aku tidak mengalah. Pantang anak lelaki petani moden mengaku kalah. Aku kirim lagi surat. Hasilnya sama tetap tak berbalas.

Aku jadi tidak berpuas hati. Apa yang kurang pada ayat ayat manisku? Atau kurang bedak kah? Aku tidak puas hati. Aku nekad untuk bertemu sendiri dengan Ratna. Habis selesai bacaan Al-Mathurat selepas solat Asar aku terus ke bahagian muslimah penyusun selipar. Aku ternampak Ratna baru nak datang ke surau. Rupanya Ratna lari dari baca Al-Mathurat, betul Rambo makwe ni. Aku terus berlari mendapatkannya.

“Awak Ratna Kumalasari binti Kumalasjalan kan?” Tanya aku dengan sopan
“Ya, betul itu saya” balas Ratna pendek mungkin cuba menjual mahal kepada ku.
“Saya ada mengirimkan surat kepada awak. Kenapa tak balas?” aku bercakap sambil dahi berkerut
Aku rasa nak pitam waktu pulang ke bilik. Aku termenung seharian di bilik. Rupanya Ratna tak faham bahasa Arab sebab tu dia tak balas. Selama ni yang aku nampak dia datal awal ke kantin sebab dia ponteng kelas komunikasi Arab.



“Ratna..Ratna” aku menggeleng kepala.