Monday, October 12, 2015

Mail Temberang dan Makwe Kereta Api 1

Di Nibong Tebal ada satu brader yang steady dan patuh kepada mak dan ayahnya. Orang kampung gelar dia Mail Temberang. Tidak lah pula menjadi satu masalah kepada Ismail apabila orang kampung memanggilnya Mail Temberang. Cuma jangan disebut-sebut nama itu di hadapannya sahaja. Itulah permintaan Mail ke orang kampung. Tapi apakan daya orang kampung tak peduli dengan permintaannya. Kata orang kampung apa yang dilakukan  Mail jauh lebih berdosa daripada apa yang mereka gelar kepada dia. 

"Mak, malam ni cek balik Kolompo mak. Cek dah beli tiket dapat duduk yang belah tingkap tu."Mail memberi laporan ke Maknya setiap kali balik dari mana-mana.

"Laaa balik malam ni ka? Takpa. Malam ni mak hantaq hang sampai kat stesen" balas maknya sambil periksa beg Mail.

Mail sedikit gusar dan tidak senang bila mana emaknya mahu menemaninya sampai ke stesen kereta api. Sebelum sebelum ini Mail bergerak solo ke stesen kereta api tidak pon berduet dengan abangnya. Jadi membolehkan Mail mengisap rokok di dalam kereta dengan bebas. Hisap rokok di dalam kereta di tengah malam memang lain macam sikit nikmatnya. Nak pulak ada Teh ais bungkus ikat tepi gantung di lock pintu kereta. Sekali dua hirup lepas tu hembus asap rokok sama tangan sedikit terkeluar dari tingkap. Fuhhh memang brader brader laa wa cakap sama lu.

Pernah jugak sekali tu Mail jadi gian tak tentu hala nak hisap rokok dalam kereta. Dia terus ambil kunci kereta ayahnya senyap-senyap dan duduk di dalam kereta pasang radio. Muka mail puas tak terkata. Entah macam mana waktu tu Pak Tua yakni merangkap pak cik kepada Mail lalu di situ. Pak Tua geleng kepala melihat terlatah bangang Mail. Esoknya Mail kena pukul teruk dengan maknya.

Mail jadi insaf tak patut.




No comments:

Post a Comment