Tuesday, December 9, 2014

Kipas









Itu hari aku berbual bual dengan adik aku. Baru darjah 2 kalau tak silap aku. Kahkahkah. Aku lupa. Kalau orang tanya pasal bilangan adik beradik pon kadang kadang aku keliru. Pasal aku jarang balik rumah.

Aku     : Qhasif tahu tak apa pasal kipas kat rumah kita ni laju dia sampai 5 je?

Qhasif : kalau sampai 10 nanti terbang la rumah kita Bang Am. 

P/S : Budak budak sekarang banyak sangat tengok kartun Tv9.

Saturday, November 22, 2014

Buaya Jinak Setelah Termakan Rambutan

Aku tak faham giler hari tu. Apehal aku letih tak patut. Seingat aku baru je sebulan lebih tak makan nasik. Dah mandi makan hisap rokok usha bekas makwe makwe kat fesbuk twitter, aku pon balik laaa ke wakaf pasal nak pegi UKM ada pengumuman pilihanraya kampus.

Malam tu aku tak tahu apa pasal gelap dia lain macam. Segelap cinta ku pada Wawa masa tingkatan dua dulu dulu. Kitaorang bertolak lepas Maghrib macam tu. Target nak sampai pukul 9. 

Sampai sana kitaorang lepak sama jentara dan calon. Diorang punya jentera memang semangat tak patut. Dia punya semangat tu kalau kita pakai untuk alih rumah banglow ke tepi sikit bagi kereta masuk parking memang takda hal. Bila semua dah kumpul dah ready baru boleh jalan. Dalam ramai ramai jentera sama calon ni aku usha je Paan ni. Lepas rokok rokok lepas rokok rokok. Paan ni paling steady la dalam ramai ramai. Aku memang respek jugak sama dia. 

Kitaorang berarak dari Kolej Rahim Kajai ke lapangan mana entah. Aku lupa. Kadang kadang aku rasa macam ada feel duduk kat Padang Masyar sikit sikit. Menunggu perhitungan. Dekat lapangan tu diorang bahagikan dua kawasan la takut gaduh. Padahal gaduh mulut je. Entah benda nak bahagi kawasan. Aspirasi comel duduk sebelah sini. GMUKM bangang duduk sebelah sana. Dah la datang lambat lepas tu jerit undur! Undur! Tapi jalan kedepan. Pasal bangang sangat diorang duduk sebelah sana. 

Dalam banyak banyak benda yang jadi kat situ. Aku nampak satu benda ni. Aku terus down. Bila Aspirasi selawat GMUKM buat buat tak tahu tak nak ikut sama. Bila GMUKM baca doa wadah entah betul aku eja ni,aspirasi tak boleh ikut pasal diorang meraikan kemenangan. Padahal dua dua sama sama Islam. Ko paham tak? 

Spoon jugak aku kadang kadang. Pasal buaya tu nanti la aku cerita. Potong betul laa mood aku seminggu dua ni.

P/S : Politik politik jugak. Manchester United dihatikuuu



Thursday, May 22, 2014

Penalti

Gila apa PJ hari Isnin? PJ ni boleh jadi Petaling Jaya boleh jadi  Pendidikan Jasmani. Tapi dia boleh je nak jadi apa pon janji tak tinggal semayang. Benda semayang ni wajib. Semayang ni umpama tiang agama. Benda paling buat aku high temperature waktu tu guru besar. Pasal aku ingat semua benda dalam sekolah ni guru besar yang memandai buat keputusan. Dulu dulu aku paling happy tak patut kalau Isnin hujan. Pertama pasal takde perhimpunan. Kedua sebab nak ketawakan budak budak darjah 6 sebab tak dapat PJ. Tapi sekarang kalau hujan aku punya happy tu dah pegi separuh. Budak budak darjah 6 tumpu UPSR sudah la.

Jujur cakap la, aku ok ok je kalau pj hari Isnin sebenarnya. Tapi perhimpunan buat hari Sabtu. Cikgu-cikgu ni kalau berleter sampai lupa yang dia ada kat sekolah bukan rumah. Itu belum lagi ucapan guru besar. Guru besar punya ucapan lagi lah tak in dengan jiwa aku, ucapan sebesar besar benda ponteng kokurikulum sampai la sekecil kecil benda macam tak kapur kasut sekolah semua dia bantai nak cerita. Ada sekali tu guru besar aku ni cerita kisah dia tertinggal teksi sebab nak datang sekolah. Sepatutnya cerita seumpama itu cerita kat cikgu-cikgu kat kantin sudah. Budak budak macam aku bukan nak dengar tu semua, kitaorang nak dengar cerita pasal hari sukan, hari kantin, pengumuman kelas paling bersih, pengumuman pemenang  kuiz minggu lepas itu je. Benda-benda lain dia ingat budak budak macam aku ni kesah ke? aku takda hal sangat pasal ucapan tu, aku ada hal kalau perhimpunan tu menganggu (P&P) pengajaran dan pembelajaran. Aku tak nak cerita pasal ucapan tu semua nanti engkorang cakap aku pon sama naik macam cikgu cikgu tu jugak macam la aku tak tahu.

Disebabkan  cikgu-cikgu  tak pernah menyelami hati budak budak rage macam aku. Aku tak nak kawan sama cikgu. Nasihat yang datang daripada cikgu-cikgu mengalir tenang dalam telinga aku. Kadang kadang dia masuk ikut kiri dan keluar ikut kanan. Liverpool sangat la kalau masuk ikut kanan. Pasal aku selalu korek telinga kanan waktu perhimpunan. Mana la aku ada masa nak korek telinga kat rumah. Kalau aku korek telinga, sape nak buat kerja sekolah aku. Korang dapat tangkap tak ni?

Nasihat itu seperti tiada simpang yang membawanya ke otak aku. Melimpah jatuh ke bumi masih yang masih sejuk disirami embun pagi. Bila sampai waktu tengah hari, aku akan menoleh ke arah tapak perhimpunan menyaksikan kalimah demi kalimah yang tadi itu tersejat naik ke awan. Sehinggakan awan seolah olah memuntahkan kembali kalimah itu dalam bentuk hujan di petang hari. Kah kah kah power tak patut bila aku baca balik.

Setelah selesai bacaan ikrar, aku akan mula berfikir tentang bola.Ya bola. Murid perempuan macam biasa main bola jaring padahal peraturan pon tak tahu. Kalau ada murid-murid lelaki main benda lain waktu pj dianggap loser tak patut. Yang kodi sikit sikit dia akan join budak perempuan main bola jaring. Kitaorang pengadil dan kitaorang jugak yang jadi pemain. Cikgu pj macam biasa lepak dengan budak perempuan. Kalau dia malas sangat dia tengokkan kitaorang dari kantin je sambil minum air dengan cikgu yang takde kelas.

Priitttttt. Bunyi wisel yang semula jadi keluar dari mulut kawan aku, namanya Pali. Padahal banyak pegi air liur je aku tengok. Selang 5 minit Pali keluarkan bunyi yang sama, prittttttt, pritttttt, prittttt. Bunyi itu keluar bukan sebab permainan dah tamat. Tapi kawan aku Nizam telah mencangkuk bontot aku di tengah padang kerana cara aku mengelecek bola bagai ular kena palu. Kalau babi yang kejar aku kira 10 saat pertama dah patah tengkok dia . Nizam tidak dapat menahan marah dan sifat dengki melayunya itu lalu menyauk bontot aku dengan cermat. Budak perempuan turut berhenti bermain bola jaring sesekali kerana hilang fokus. Pakcik tukang kebun turut hilang fokus. Dia nyaris nak tercangkul kaki cikgu Fatimah yang berlari anak waktu tu pasal terlupa tutup lampu kereta.

Dengan tenang aku bangun. Aku rasa seolah-olah aku kehilangan sebelah dari bontot aku yang masih teruna. Aku mengambil bola dari tangan Nizam dan membawanya dihadapan pintu gol untuk mengambil sepakan penalti. Dengan sekali nafas, aku melayangkan kaki kanan aku kesebelah kanan pintu gol. Kalau dilihat bola itu menggunakan teknologi sekarang. Aku yakin separuh dari permukaan bola itu terbenam di dalam perut bola itu sendiri disebabkan daya yang kuat terhasil dari hayunan kaki aku.

Sebelum kelas seterusnya bermula. Ada seorang budak perempuan ni datang ke arah aku. Budak perempuan tu memang cantik. Kecil gemit orangnya. Pipinya tidak terlalu tembam tidak terlalu cengkung. Kadang kadang aku bayangkan seperti ada separuh bola ping pong di kiri dan kanan pipinya. Setelah budak perempuan tu berdiri betul betul berdepan dengan aku. Aku rasa nafas aku semakin tersekat-sekat. Seperti tertelan halkum sendiri. Haa namanya Syuhada. Tapi kitaorang panggil dia Ada je. Aku syak mungkin dia dah jatuh hati sama aku. Paling cikai pon dia jatuh hati dengan sepakan penalti aku tadi. Tak sempat aku bertanya Ada, "apahal kau?" Dia lebih dulu bertanya soalan ke aku. Soalan dia berbunyi macam ni. "Kau yakin ke yang tadi tu penalti?"

   

p/s : Peraturan tak penting, yang penting hati.