Monday, October 12, 2015

Mail Temberang dan Makwe Kereta Api 1

Di Nibong Tebal ada satu brader yang steady dan patuh kepada mak dan ayahnya. Orang kampung gelar dia Mail Temberang. Tidak lah pula menjadi satu masalah kepada Ismail apabila orang kampung memanggilnya Mail Temberang. Cuma jangan disebut-sebut nama itu di hadapannya sahaja. Itulah permintaan Mail ke orang kampung. Tapi apakan daya orang kampung tak peduli dengan permintaannya. Kata orang kampung apa yang dilakukan  Mail jauh lebih berdosa daripada apa yang mereka gelar kepada dia. 

"Mak, malam ni cek balik Kolompo mak. Cek dah beli tiket dapat duduk yang belah tingkap tu."Mail memberi laporan ke Maknya setiap kali balik dari mana-mana.

"Laaa balik malam ni ka? Takpa. Malam ni mak hantaq hang sampai kat stesen" balas maknya sambil periksa beg Mail.

Mail sedikit gusar dan tidak senang bila mana emaknya mahu menemaninya sampai ke stesen kereta api. Sebelum sebelum ini Mail bergerak solo ke stesen kereta api tidak pon berduet dengan abangnya. Jadi membolehkan Mail mengisap rokok di dalam kereta dengan bebas. Hisap rokok di dalam kereta di tengah malam memang lain macam sikit nikmatnya. Nak pulak ada Teh ais bungkus ikat tepi gantung di lock pintu kereta. Sekali dua hirup lepas tu hembus asap rokok sama tangan sedikit terkeluar dari tingkap. Fuhhh memang brader brader laa wa cakap sama lu.

Pernah jugak sekali tu Mail jadi gian tak tentu hala nak hisap rokok dalam kereta. Dia terus ambil kunci kereta ayahnya senyap-senyap dan duduk di dalam kereta pasang radio. Muka mail puas tak terkata. Entah macam mana waktu tu Pak Tua yakni merangkap pak cik kepada Mail lalu di situ. Pak Tua geleng kepala melihat terlatah bangang Mail. Esoknya Mail kena pukul teruk dengan maknya.

Mail jadi insaf tak patut.




Wednesday, October 7, 2015

LRT Stesen Universiti ke Stesen Gombak

Itu hari aku bangun je tido terus rasa nak marah. Aku tak pasti pasal apa aku marah. Mungkin sebab semalam aku tido tak baca doa sebelum tido tak pun sebab aku dah gila. "Ah tak boleh jadi ni. Aku kena keluar naik LRT dari stesen Universiti sampai Gombak baru cool pasal dalam tu ada penghawa dingin" aku cakap ke diri sendiri.

Aku terus capai kain tuala Arsenal bawak pegi mandi. Ondewei nak pegi mandi tu aku lalu depan bilik Hazzad. Kebetulan waktu tu dia tengah main gitar kod E minor. "Wei kawan-kawan semua tengok ni aku main kod E minor ni" Hazzad bersungguh tunjuk depan Haiqal, Wakleh sama Hakem Mekah. Seingat aku dah 2 bulan dia main kod tu tak berhenti.

Aku masuk je dalam bilik air orang penuh tak patut beratur tunggu giliran nak mandi. "Woi korang bodoh apa mandi pon beratur! Benda beratur ni bukan budaya kita ini budaya Jepun" Aku sound selamber. "Kalau korang degil jugak nak beratur. Beratur belakang aku" aku saja tambah kasi panas. Tiba tiba aku rasa tak sedap hati, aku langut ke atas. Siling bergegar kuat, satu kepingan jatuh betul betul kat kepala aku.

Panggggggg!

"Woi, kau berdiri apa kat tengah tengah ni, Miru? pilih satu pintu dah la." Sound Ahmad Zulkarnain ke aku. "Babi la kau Mat. Cakap pakai mulut tak boleh ke? Sakit bodoh kau tampar belakang aku" aku balas sambil kepala pusing ke belakang pandang cermin tengok bekas kena tampar. "Dah kau termenung sampai tembus siling, panggil pun tak menyahut. Apa lagi aku tampar la" balas Mat sambil ketawa.

Aku sambung beratur tunggu giliran.

Habis mandi aku keringkan badan betul-betul. Paling best waktu gosok kain tuala kat celah punggung. Badan kalau basah pakai baju rasa macam bangang. "Sedap betul kain tuala aku ni" aku sidai di katil sambil senyum.

Aku tengok jam Casio aku kat tangan. Cantik. Kalau berjalan slow slow pon sempat lagi naik bas. Sampai je aku kat bus stop, bas pon sampai. Kata orang tua, macam dah janji janji. Aku perati semua orang macam nak berebut naik bas ni. Aku pon terus laju ke pintu bas. Tiba tiba ada sorang makwe pakai seksi kat depan aku. Badan lawa bau dia macam buah epal hijau. Dia kenakan baju merah ketat berzip di belakang. 

Makwe tadi perlahan-lahan melangkah naik ke dalam bas tapi tak berhasil pasal baju yang dikenakan ke badanya terlalu ketat di bahagian punggung dan paha. Aku tenang senyum dari belakang. Tidak dapat tidak dia mesti turunkan sedikit zip bajunya supaya sedikit longgar. Atau kalau dia tanya sama aku nak setel macam mana, aku akan cakap "Turunkan egomu sayang.. abang akan tolak punggungmu sampai kamu ke atas"

Dia pilih pilihan pertama atau memang itu pilihan yang dia ada. Kalau itu saja idea atau jalan yang dia ada, itu bukan pilihan. Pilihan maksudnya mesti la kena pilih. Apa bangang pilih benda yang memang ada satu?

Makwe tu menurunkan sedikit zipnya dan cuba mengangkat kakinya tapi gagal. Aku tenang lagi di belakang. Dia turunkan lagi zipnya buat kali kedua pun masih gagal. Aku geleng kepala. Dia tak mengalah semangatnya untuk menaiki bas tu tinggi. Itu aku memang respek tak patut la kat dia. Dia turunkan lagi zipnya tapi kali ni lebih ke bawah. Haaa stim la tu stim la tu.

Aku rasa tak sedap hati. Aku rasa kejadian tu macam cool gila. Aku tunduk tengok bahagian bawah di antara kami. Emmm patutlah tak boleh boleh nak naik bas. Rupanya bukan zip baju dia yang diturunkan tapi zip seluar aku. Patut laaa aku rasa cool.