Thursday, February 12, 2015

Asal Usul Bisa Ular

Masa aku kecik dulu, aku selalu tengok drama kat tivi. Aku tengok bukan pasal aku nak tengok. Tapi mak aku selalu lipat kain baju sambil layan drama. Ada satu malam tu kitaorang layan cerekarama. Sampai bab hujung tu ada scene bayi lepak dalam pasu bunga. Tiba-tiba aku jadi hiba tak tentu pasal. Mana tidak nya. Aku nak siram pokok bunga mak aku pon, dia tak kasi. Apetah lagi nak lepak dalam pasu bunga. Bila masuk darjah 4 baru aku paham simbolik bayi lepak dalam pasu bunga tu. Benih.
Tidak semena-mena aku jadi boring tak patut. Aku dapat idea nak tanya mak aku pasal bisa ular.

“Mak, apesal ular sawa yang besar tu takde bisa, tapi ular tedung sela yang kecik ada bisa?” Tanya aku sambil buat buat tebar roti canai guna baju mak aku.

“Dulu ular sawa je ada bisa. Eksyen bukan main dia waktu tu. Sudah la berbisa lawa pulak tu. Punya la bisa ular sawa ni, kalau patuk kesan tapak kaki pon orang boleh meninggal.” Kata mak aku sambil rampas baju yang aku tebar tinggi ke siling.

Ular-ular lain jadi geram dengan ular sawa. Diorang plan nak kenakan si ular sawa ni. Diorang panggil semua ular-ular lain berkumpul. Ular tedung sela jadi jurucakap untuk yang lain. “Kami mahu melihat kehebatan ular sawa. Katanya ular sawa mampu mematikan seseorang dengan hanya mematuk kesan tapak kaki orang tersebut.” Kata ular tedung sela. Ular sawa senyum sambil angguk-angguk.

“Kalau begitu besok kita semua jumpa kat tepi pantai. Kat sana ada seorang nelayan turun ke laut tak pakai selipar. Dia pakai pukat.” Kata ular tedung sela yang sedang cuba-cuba buat jenaka Naka.

“Oraittttttt.” Balas ramai-ramai.

Besoknya penuh lah segala jenis ular di sepanjang persisiran pantai menyaksikan kehebatan ular sawa. Seorang nelayan tiba di tepi pantai tanpa memakai selipar. Kesan tapak kakinya jelas bak acuan yang ditekap di atas doh untuk dijadikan biskut. Setelah nelayan itu hilang dari pandangan, semua ular mengelilingi tapak kaki itu.

“Haaa apa lagi Wa patuk la!” kata ular lidi dengan tegas.  Ular sawa terus patuk. Semua tepuk tangan ramai ramai kononnya teruja. “Biar aku dengan ular sawa je pegi tengok kat rumah nelayan tu. Sama ada dia meninggal ataupon tak.” Kata ular tedung sela.

Ular tedung sela dan ular sawa pegi ke rumah nelayan tersebut berdua. Seperti yang diduga penuh manusia di rumah nelayan tersebut. Ular sawa senyum ke ular tedung sela dengan riak. “Amacam?” Kata ular sawa.

“Amacam apa benda?” kau ingat orang ramai ni sebab ziarah dia meninggal ke? Kahkahkahkah. Orang ramai ni buat kenduri kesyukuran pasal dia bawak balik banyak ikan sebenarnya.”

“Aku tak percaya! aku nak pegi tengok dia.”

“ Kau gila ke? Kau tu berbisa. Kalau ternampak orang. Habislah kau dicincang-cincang orang.”

Tiba-tiba mereka berdua terdengar bunyi ‘cak cak cak!’. Bunyi cicak tanda bersetuju dengan kata kata ular tedung sela.
Ular sawa jadi down. Dia terus menyusur laju ke tepi pantai dengan penuh kecewa. Dia kecewa dengan dirinya. Dia terus memutahkan semua bisanya tanpa tinggal sedikit pon di badan dan bawak diri ke hutan. Ular ular lain terus ambik kesempatan dengan menyedut sisa bisa ular sawa itu biar meresap ke dalam badan mereka.

“Habissssssss. Itu la cerita dia. Sampai sekarang ular sawa tak tahu cerita sebenar. Sebab dia tak pegi siasat betul betul. Dia percaya bulat-bulat.” Kata mak aku sambil susun baju dalam almari.



No comments:

Post a Comment