Monday, February 26, 2018

STARCAMP 2018

Selesai sudah 5 lokasi STARCAMP 2018 jelajahi. Boleh dikatakan prestasi aku berfungsi di tahap yang boleh dibanggakan. Yela yela aku tipu, aku ada satu hari patut bangun pukul 6 pagi, ye tak ye sepatutnya bukan ke hari hari kena bangun pukul 6 pagi sebab semayang subuh? Tapi hari tu ada benda lain yang agak sedikit penting untuk bangun awal. Sebabnya aku salah satu dari ahli team advance yang mana skop kerja dia senang tak patut. Team advance ni tugas dia datang paling awal dan balik paling lambat.

Mungkin ini la ujian Tuhan untuk aku dan member aku lagi dua orang, kitaorang bertiga steady bangun pukul  8.20 pagi itupun pasal Farah yang kejut. Malu woi kena kejut bangun pagi dengan orang perempuan selain mak aku. Kalau bini kejut takpe, itu aku ok.

Aku dulu mula masuk kerja ni rasa masa tu berjalan bukan main lambat, tapi bila dah sedap buat kerja ni masa berlari bukan main cepat. Sekarang pun memang aku suka masa berlalu laju tapi dalam masa yang sama jangan laa laju sangat pasal aku suka dengan kerja ni. Pasal kerja ni kontrak, jadinya akan ada lagu kumpulan Brothers dimainkan. Aku ready je dengan spek hitam.

Aku selalu jugak terbayang di akhir epilog kisah STARCAMP ni nanti akan keluar gambar gambar macam dalam filem fillem tu, gambar Nafis dengan Hajar atas pelamin, gambar Salam dengan bakal bini dia sarung cincin sambil muka tersengih, gambar Nawal suap suami dia makan nasi minyak, gambar Najwa tak pakai Braces, gambar En. Wan Hasif dan En. Saiful dinaikkan pangkat dan macam macam lagi lah.



Power tak patut STARCAMP 2018


Aku rasa semua orang pun tahu bila join event management ni mesti akan banyak memberi kesan moral dan perasaan untuk setiap orang. Jadinya kita kena bersiap untuk dimarahi, rasa tersisih, rasa orang tak suka kita, rasa nak marah orang walaupun salah diri sendiri, rasa orang jatuh cinta dekat kita padahal takde pun. Apa yang kita dapat bila memarahi seseorang dalam proses menyiapkan tugasan? Kepuasan? Rasa bos akan suka kita sebab kita bijak marah orang ikut suka sebab kita lagi pandai? Kalau pun urusan kerja tersebut akan selesai tapi urusan hati dengan orang tak akan terhenti di situ. Bila kita dah prepare takde la teruk sangat nak counter semua masalah tu. Orang putih kata "Hope for the best, expect the worst. Life is a play. We are unrehearsed". Ada betul juga apa yang depa cakap ni tapi jangan kita percaya semua. Manusia semua buat silap kot.



Matang pada pandangan pendidikan SPM aku bukan la bergaul dengan orang lebih tua tapi cara kita berdepan dengan masalah. Kalau kita rasa letih ingat la ada lagi yang lagi letih dari kita contoh mesin basuh.  

Sunday, November 13, 2016

Ratnaku

Masa aku tingkatan 2 aku jadi kurang pergi padang petang-petang. Aku lebih selesa baring di katil sambil layan walkmen aku. Waktu tu aku ada satu kaset je itu pun Ayie yang kasi sama aku. Kaset Butterfingers album Selamat Tinggal Dunia. Bukan main beria lagi aku dengar tanpa menghiraukan dunia realiti aku. Tapi itu lah jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan.  Kaset dan walkmen aku kena rampas dengan Ustaz Shariman pada hari Jumaat di Dorm 401 lepas solat Jumaat. Saya ingat ustaz…saya ingat. Saya sayang ustaz.

Hampir setiap hari aku melepak atas katil di waktu petang aku jadi malas nak bersukan. “ Aku dah kurus kot buat benda lagi aku nak bersukan?” bentak aku dalam hati bila Izzat merayu mahu aku kembali beraksi di padang. Bukan main eksyen lagi aku waktu tu, sekarang padan muka aku. Aku sekarang gemuk tak patut. Ke sebab aku kutuk Aisyah lepas tu dia sumpajh aku jadi gemuk. Seram jugak bila aku fikir fikir balik.

Pada suatu hari entah mana dating perasaan mahu berkapel. Rasa tak matang pula kalau tak kapel di sekolah menengah, rasa tiada memori indah yang mahu aku ketawa di hari tua. Aku malas dah befikir waktu itu, aku biar je setan bisik di telinga aku. Kita ni manusia memang malas berfikir, kita lebih rela setan berfikir dan membuat keputusan hidup kita. Pemalas tak patut. Tanpa berfikir panjang aku terus angkat ibu jari tanda isyarat bagus kepada setan. Kah kah kah.

Nama makwe malang yang aku nak mengorat tu namanya Ratna. Aku selalu nampak dia di kantin. Yang aku pelik tu aku selalu lari awal 10 minit dari kelas berpura pura ke tandas padahal ke kantin. Tapi setiap kali aku sampai ke kantin mesti Ratna tengah makan nasi telur sorang sorang. Peh lagi Rambo makwe ni dari aku. Aku tersenyum nipis.

Aku memang tak gemar benda beratur ni. Ada ke patut kita kena beratur untuk beli makanan. Makanan sepatutnya beratur untuk kita! Kita khalifah di muka bumi ini yang dianugerahkan akal. Makanan tak ada akal kot. Seperti hari hari sebelumnya aku akan pergi ke tempat basuh pinggan tegur makcik kantin. Ok aku tipu je sebenarnya. Baru hari ini aku nak tegur. “Makcik tengah buat apa tu?” aku berseloroh. “Tengah memancing ni?” balas makcik sambil basuh periuk. Aku tak faham apa susah nak cakap tengah basuh periuk. Aku tiada masalah kalau orang bertanya aku sedang berbuat apa walaupun secara jelas orang itu tahu apa yang sedang aku lakukan. Bukankah itu sepatutnya cara kita orang Melayu yang penuh adat dan sopan santun dalam bertegur sapa? 

Jadi aku dah nekad untuk mengirim surat kepada Ratna.  Mungkin ayat manis ku mampu membuatkan Ratna jatuh cinta kepada ku. Aku berfirkir tanpa malu malu.

Keesokkan malam aku pergi ke hujung koridor untuk menulis surat sambil memegang semangkuk Maggie kari. Aku tulis setiap bait kata kata sambil menghirup kuah Maggie tu, aku yakin Ratna turut berbuat benda yang sama tapi tengah tulis kerja sekolah.

Esoknya aku datang awal ke sekolah dengan surat berbau bedak Avon. Aku terus ke meja Ratna dan selit di dalam buku teks kemahiran hidup. Aku keluar dari kelas dengan penuh harapan setiap langkahku terasa berat mungkin sebab aku risau kalau kalau cinta ku ditolak tapi tetap melangkah dengan kemas dan berwibawa macam pengetua sekolah.

Betul sangkaan aku, hampir seminggu aku hantar surat tiada pun berbalas. Dua minggu masih sama. Aku tidak mengalah. Pantang anak lelaki petani moden mengaku kalah. Aku kirim lagi surat. Hasilnya sama tetap tak berbalas.

Aku jadi tidak berpuas hati. Apa yang kurang pada ayat ayat manisku? Atau kurang bedak kah? Aku tidak puas hati. Aku nekad untuk bertemu sendiri dengan Ratna. Habis selesai bacaan Al-Mathurat selepas solat Asar aku terus ke bahagian muslimah penyusun selipar. Aku ternampak Ratna baru nak datang ke surau. Rupanya Ratna lari dari baca Al-Mathurat, betul Rambo makwe ni. Aku terus berlari mendapatkannya.

“Awak Ratna Kumalasari binti Kumalasjalan kan?” Tanya aku dengan sopan
“Ya, betul itu saya” balas Ratna pendek mungkin cuba menjual mahal kepada ku.
“Saya ada mengirimkan surat kepada awak. Kenapa tak balas?” aku bercakap sambil dahi berkerut
Aku rasa nak pitam waktu pulang ke bilik. Aku termenung seharian di bilik. Rupanya Ratna tak faham bahasa Arab sebab tu dia tak balas. Selama ni yang aku nampak dia datal awal ke kantin sebab dia ponteng kelas komunikasi Arab.



“Ratna..Ratna” aku menggeleng kepala.

Monday, October 12, 2015

Mail Temberang dan Makwe Kereta Api 1

Di Nibong Tebal ada satu brader yang steady dan patuh kepada mak dan ayahnya. Orang kampung gelar dia Mail Temberang. Tidak lah pula menjadi satu masalah kepada Ismail apabila orang kampung memanggilnya Mail Temberang. Cuma jangan disebut-sebut nama itu di hadapannya sahaja. Itulah permintaan Mail ke orang kampung. Tapi apakan daya orang kampung tak peduli dengan permintaannya. Kata orang kampung apa yang dilakukan  Mail jauh lebih berdosa daripada apa yang mereka gelar kepada dia. 

"Mak, malam ni cek balik Kolompo mak. Cek dah beli tiket dapat duduk yang belah tingkap tu."Mail memberi laporan ke Maknya setiap kali balik dari mana-mana.

"Laaa balik malam ni ka? Takpa. Malam ni mak hantaq hang sampai kat stesen" balas maknya sambil periksa beg Mail.

Mail sedikit gusar dan tidak senang bila mana emaknya mahu menemaninya sampai ke stesen kereta api. Sebelum sebelum ini Mail bergerak solo ke stesen kereta api tidak pon berduet dengan abangnya. Jadi membolehkan Mail mengisap rokok di dalam kereta dengan bebas. Hisap rokok di dalam kereta di tengah malam memang lain macam sikit nikmatnya. Nak pulak ada Teh ais bungkus ikat tepi gantung di lock pintu kereta. Sekali dua hirup lepas tu hembus asap rokok sama tangan sedikit terkeluar dari tingkap. Fuhhh memang brader brader laa wa cakap sama lu.

Pernah jugak sekali tu Mail jadi gian tak tentu hala nak hisap rokok dalam kereta. Dia terus ambil kunci kereta ayahnya senyap-senyap dan duduk di dalam kereta pasang radio. Muka mail puas tak terkata. Entah macam mana waktu tu Pak Tua yakni merangkap pak cik kepada Mail lalu di situ. Pak Tua geleng kepala melihat terlatah bangang Mail. Esoknya Mail kena pukul teruk dengan maknya.

Mail jadi insaf tak patut.




Wednesday, October 7, 2015

LRT Stesen Universiti ke Stesen Gombak

Itu hari aku bangun je tido terus rasa nak marah. Aku tak pasti pasal apa aku marah. Mungkin sebab semalam aku tido tak baca doa sebelum tido tak pun sebab aku dah gila. "Ah tak boleh jadi ni. Aku kena keluar naik LRT dari stesen Universiti sampai Gombak baru cool pasal dalam tu ada penghawa dingin" aku cakap ke diri sendiri.

Aku terus capai kain tuala Arsenal bawak pegi mandi. Ondewei nak pegi mandi tu aku lalu depan bilik Hazzad. Kebetulan waktu tu dia tengah main gitar kod E minor. "Wei kawan-kawan semua tengok ni aku main kod E minor ni" Hazzad bersungguh tunjuk depan Haiqal, Wakleh sama Hakem Mekah. Seingat aku dah 2 bulan dia main kod tu tak berhenti.

Aku masuk je dalam bilik air orang penuh tak patut beratur tunggu giliran nak mandi. "Woi korang bodoh apa mandi pon beratur! Benda beratur ni bukan budaya kita ini budaya Jepun" Aku sound selamber. "Kalau korang degil jugak nak beratur. Beratur belakang aku" aku saja tambah kasi panas. Tiba tiba aku rasa tak sedap hati, aku langut ke atas. Siling bergegar kuat, satu kepingan jatuh betul betul kat kepala aku.

Panggggggg!

"Woi, kau berdiri apa kat tengah tengah ni, Miru? pilih satu pintu dah la." Sound Ahmad Zulkarnain ke aku. "Babi la kau Mat. Cakap pakai mulut tak boleh ke? Sakit bodoh kau tampar belakang aku" aku balas sambil kepala pusing ke belakang pandang cermin tengok bekas kena tampar. "Dah kau termenung sampai tembus siling, panggil pun tak menyahut. Apa lagi aku tampar la" balas Mat sambil ketawa.

Aku sambung beratur tunggu giliran.

Habis mandi aku keringkan badan betul-betul. Paling best waktu gosok kain tuala kat celah punggung. Badan kalau basah pakai baju rasa macam bangang. "Sedap betul kain tuala aku ni" aku sidai di katil sambil senyum.

Aku tengok jam Casio aku kat tangan. Cantik. Kalau berjalan slow slow pon sempat lagi naik bas. Sampai je aku kat bus stop, bas pon sampai. Kata orang tua, macam dah janji janji. Aku perati semua orang macam nak berebut naik bas ni. Aku pon terus laju ke pintu bas. Tiba tiba ada sorang makwe pakai seksi kat depan aku. Badan lawa bau dia macam buah epal hijau. Dia kenakan baju merah ketat berzip di belakang. 

Makwe tadi perlahan-lahan melangkah naik ke dalam bas tapi tak berhasil pasal baju yang dikenakan ke badanya terlalu ketat di bahagian punggung dan paha. Aku tenang senyum dari belakang. Tidak dapat tidak dia mesti turunkan sedikit zip bajunya supaya sedikit longgar. Atau kalau dia tanya sama aku nak setel macam mana, aku akan cakap "Turunkan egomu sayang.. abang akan tolak punggungmu sampai kamu ke atas"

Dia pilih pilihan pertama atau memang itu pilihan yang dia ada. Kalau itu saja idea atau jalan yang dia ada, itu bukan pilihan. Pilihan maksudnya mesti la kena pilih. Apa bangang pilih benda yang memang ada satu?

Makwe tu menurunkan sedikit zipnya dan cuba mengangkat kakinya tapi gagal. Aku tenang lagi di belakang. Dia turunkan lagi zipnya buat kali kedua pun masih gagal. Aku geleng kepala. Dia tak mengalah semangatnya untuk menaiki bas tu tinggi. Itu aku memang respek tak patut la kat dia. Dia turunkan lagi zipnya tapi kali ni lebih ke bawah. Haaa stim la tu stim la tu.

Aku rasa tak sedap hati. Aku rasa kejadian tu macam cool gila. Aku tunduk tengok bahagian bawah di antara kami. Emmm patutlah tak boleh boleh nak naik bas. Rupanya bukan zip baju dia yang diturunkan tapi zip seluar aku. Patut laaa aku rasa cool.




Friday, April 24, 2015

Surat Dari Cristopher McCandless

Masa aku tengah bawak makwe naik moto tiba tiba aku dapat mensyen twitter dari McCandless. Aku terus berhenti tepi sebab nak balas tuit dia. Masa aku tengah taip nak balas, aku rasa ada sesuatu yang menganggu aku. Aku tak cakap banyak terus toleh belakang. Alangkah terkejutnya aku bila mana aku mendapati makwe aku masih di belakang. "Woi engko turun sekarang. Turun!" sambil buat mata juling. Makwe aku terus duduk tepi longkang sambil buat muka sedih. Lepas aku balas mensyen ni baru aku pegi pujuk.


Tanpa membuang masa aku pon balas mensyen twitter McCandless.



McCandless   : @Ammomok kau ada mana? kau ada mana?
Aku              : @EmileHirsch Tepi jalannn. Tepi jalannn. Kau 
                     nak apa?
McCandless   : @Ammomok Aku nak kasi surat ni. Aku nak 
                     cakap malu.
Aku              : @EmileHirsch Butoh la. Kasi lekas.


Tak semena mena sebuah kereta meluncur laju dan terlanggar bonggol. Depan belakang tayar kereta tu terapung di udara dan lampu signal kanan jatuh kat atas jalan. Semasa kereta itu melambung ke jalan dengan slow motion baru aku perasan rupanya pemandu tu McCandless. McCandless jadi panik dan terus lempar surat itu ke arah aku. Aku tangkap pakai mulut dengan tenang. McCandless terus pecut masuk ke arah bertentangan dengan jalan sehala. Aku terus pecut laju ikut belakang sambil bawak lampu signal McCandless yang jatuh tu untuk pulangkan ke dia. Tapi apakan daya, aku tak cukup bangang nak redah bertentangan dengan jalan sehala.



Sekali lagi aku berhenti tepi dan baca surat yang penting tu. Padahal boleh je dia selit bawah bantal aku. Pasal aku jarang ada kat bilik.



Sahabat..bila kau tengah kunyah nasik dengan ayam tiba tiba kau rasa fakap giler dengan planet bumi dan hal hal duniawi. Lepastu kau terpikir untuk mengembara. Betul arrrr yang kau pikir nak buat tu. Lepastu kau pon pegi la mengembara. Masa kau jalan jalan sambil tengok bukit kau mintak orang ambik gambar takpon pasal kau yakin tak patut kau selfie sambil buat muka taik. kah kah kah. 


Bila kau dah penat berjalan mesti kau dahaga. Kau pegi la lepak kat tempat makan kat area dekat dekat situ. Kau minum hot cokelat sambil buka instagram sama twitter. Kau edit gambar kasi nampak lawa sikit lepastu kat instagram dengan tuitpik kat twitter. Aku sabar lagi ni aku sabar lagi. Tiba tiba kebetulan aku tengah buka instagram sama twitter, fak arrrr.. aku nampak gamba gamba kau. Kau nak pegi mana pon ikut kau la aku tak pedulik taik pon. Tak pasal aku dah terpeduli ni. 



Hidup kita tak perlu difilemkan kerana dalam filem itu semuanya berlakon dan tak real. Kalau kau tak tahu la. 



Kau rileks rileks dah laaa. Kasi up satu dua dah laaa sebagai koleksi peribadi itupon sebelum up kau kasi tau aku dulu pasal aku takut tertengok. kah kah kah. 


Babi punya McCandless. Itu jeee.


P/S : Hmmm takde sorang pon ingatkan aku pasal makwe aku yang tengah sedih tu.




Thursday, February 12, 2015

Asal Usul Bisa Ular

Masa aku kecik dulu, aku selalu tengok drama kat tivi. Aku tengok bukan pasal aku nak tengok. Tapi mak aku selalu lipat kain baju sambil layan drama. Ada satu malam tu kitaorang layan cerekarama. Sampai bab hujung tu ada scene bayi lepak dalam pasu bunga. Tiba-tiba aku jadi hiba tak tentu pasal. Mana tidak nya. Aku nak siram pokok bunga mak aku pon, dia tak kasi. Apetah lagi nak lepak dalam pasu bunga. Bila masuk darjah 4 baru aku paham simbolik bayi lepak dalam pasu bunga tu. Benih.
Tidak semena-mena aku jadi boring tak patut. Aku dapat idea nak tanya mak aku pasal bisa ular.

“Mak, apesal ular sawa yang besar tu takde bisa, tapi ular tedung sela yang kecik ada bisa?” Tanya aku sambil buat buat tebar roti canai guna baju mak aku.

“Dulu ular sawa je ada bisa. Eksyen bukan main dia waktu tu. Sudah la berbisa lawa pulak tu. Punya la bisa ular sawa ni, kalau patuk kesan tapak kaki pon orang boleh meninggal.” Kata mak aku sambil rampas baju yang aku tebar tinggi ke siling.

Ular-ular lain jadi geram dengan ular sawa. Diorang plan nak kenakan si ular sawa ni. Diorang panggil semua ular-ular lain berkumpul. Ular tedung sela jadi jurucakap untuk yang lain. “Kami mahu melihat kehebatan ular sawa. Katanya ular sawa mampu mematikan seseorang dengan hanya mematuk kesan tapak kaki orang tersebut.” Kata ular tedung sela. Ular sawa senyum sambil angguk-angguk.

“Kalau begitu besok kita semua jumpa kat tepi pantai. Kat sana ada seorang nelayan turun ke laut tak pakai selipar. Dia pakai pukat.” Kata ular tedung sela yang sedang cuba-cuba buat jenaka Naka.

“Oraittttttt.” Balas ramai-ramai.

Besoknya penuh lah segala jenis ular di sepanjang persisiran pantai menyaksikan kehebatan ular sawa. Seorang nelayan tiba di tepi pantai tanpa memakai selipar. Kesan tapak kakinya jelas bak acuan yang ditekap di atas doh untuk dijadikan biskut. Setelah nelayan itu hilang dari pandangan, semua ular mengelilingi tapak kaki itu.

“Haaa apa lagi Wa patuk la!” kata ular lidi dengan tegas.  Ular sawa terus patuk. Semua tepuk tangan ramai ramai kononnya teruja. “Biar aku dengan ular sawa je pegi tengok kat rumah nelayan tu. Sama ada dia meninggal ataupon tak.” Kata ular tedung sela.

Ular tedung sela dan ular sawa pegi ke rumah nelayan tersebut berdua. Seperti yang diduga penuh manusia di rumah nelayan tersebut. Ular sawa senyum ke ular tedung sela dengan riak. “Amacam?” Kata ular sawa.

“Amacam apa benda?” kau ingat orang ramai ni sebab ziarah dia meninggal ke? Kahkahkahkah. Orang ramai ni buat kenduri kesyukuran pasal dia bawak balik banyak ikan sebenarnya.”

“Aku tak percaya! aku nak pegi tengok dia.”

“ Kau gila ke? Kau tu berbisa. Kalau ternampak orang. Habislah kau dicincang-cincang orang.”

Tiba-tiba mereka berdua terdengar bunyi ‘cak cak cak!’. Bunyi cicak tanda bersetuju dengan kata kata ular tedung sela.
Ular sawa jadi down. Dia terus menyusur laju ke tepi pantai dengan penuh kecewa. Dia kecewa dengan dirinya. Dia terus memutahkan semua bisanya tanpa tinggal sedikit pon di badan dan bawak diri ke hutan. Ular ular lain terus ambik kesempatan dengan menyedut sisa bisa ular sawa itu biar meresap ke dalam badan mereka.

“Habissssssss. Itu la cerita dia. Sampai sekarang ular sawa tak tahu cerita sebenar. Sebab dia tak pegi siasat betul betul. Dia percaya bulat-bulat.” Kata mak aku sambil susun baju dalam almari.



Tuesday, January 27, 2015

Kata Mutiara Bola

Kata kata mutiara bola dari cikgu aku.

"Jangan pernah passing bola ke member waktu kita susah. Tapi passing waktu member kita senang"